Isnin, 28 Mac 2011

Patut la.... BN dah terdesak..

Agama dan pembangunan dijangka menjadi perkara pokok apabila pengundi bumiputera Sarawak membuat keputusan mereka dan keluar mengundi pada pilihan raya negeri negeri pada 16 April ini.

Bagi ahli politik sains Sarawak, James Chin, tindakan pihak berkuasa merampas dan menahan Alkitab Injil dan mengecop buku suci penganut Kristian pasti mempengaruhi corak pengundian mereka.

“Isu Injil adalah isu yang besar, khususnya kepada penganut Kristian. Masyarakat bumiputera adalah hampir separuh daripda penganut Kristian di Sarawak,” katanya.

Menurut Chin, kebanyakan Orang Ulu, Iban dan Bidayuh, yang dirangkumkan sebagai bangsa Dayak adalah beragama Kristian dan agama berperanan besar dalam kehidupan seharian mereka.

Sumber : Malaysiakini


Patut la menjadi-jadi sangat fitnah yang melanda pemimpin PR.. hingga jadi dah tak masuk akal cerita-ceritanya... kiranya puak-puak BN telah amat terdesak untuk mencari ruang bagi mencapai kemenangan, "by hook or by crook"... sesungguhnya puak-puak ini tidak pernah meletakkan Al Quran dan As Sunnah sebagai panduan hidup mereka.. yang beraja di mata dan hati mereka hanyalah nafsu dan harta...

1 ulasan:

  1. ASSALAMUALAIKOM, MASIH INGAT TAK..ANA KAK ROSIAH..SUDI2 LA LAWAT BLOG PERJUANGAN BERTERUSAN BARU BUKA..ummu-ubaid.blogspot.com

    BalasPadam

Sudi-sudilah memberi komen atau pandangan...