Isnin, 21 Mac 2011

Video Lucah.. Logik ke?

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Pihak polis diminta menyiasat pihak manakah yang bertanggungjawab menyediakan, menyebar dan menyiarkan video lucah yang ditayangkan kepada para wartawan untuk memburukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Selain itu, pihak polis turut diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang terlibat dalam adegan tidak bermoral itu bagi menjawab kekeliruan kepada orang ramai.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, siasatan yang telus dari pihak polis berhubung perkara itu amat penting bagi mengetahui dalang dalam penyediaan, penyebaran dan penayangan video tersebut.

Sumber : Harakah Online


Ceritanya memang panas tetapi susah nak diterima akal... Logiknya..

Adakah seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan nekad untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu negara?

Apakah kemungkinan bilik hotel itu mempunyai kemudahan rakaman yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut?

Daifnya mereka-mereka yang percaya membabi buta cerita karut marut tak masuk akal ni..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah memberi komen atau pandangan...