Isnin, 14 Disember 2009

Pentas Penceramah

Program Pentas Penceramah telah dijalankan oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Perak pada 12 Disember 2009, bermula pada jam 2.30 petang di Kompleks PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan.

Antara objektif program ini ialah untuk melatih tenaga penceramah dalam kalangan muslimat, supaya muslimat dapat memberi penjelasan terhadap isu-isu parti dan nasional serta melahirkan barisan penceramah yang mampu menjana tenaga Penerangan Muslimat.



Sekitar Pentas Penceramah














Ahad, 13 Disember 2009

Tautan Nisa'

Program Tautan Nisa' telah dijalankan pada 12 Disember 2009 di Kompleks PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan. Ia dianjurkan oleh Nisa' Kawasan Kuala Kangsar. Melalui program ini, Nisa' Kawasan Kuala Kangsar telah berjaya mengumpulkan peserta melebihi 100 orang bagi memperkenalkan semula Nisa' di mata masyarakat setempat. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1 petang.


Sekitar Tautan Nisa'

Penceramah : Saudari Aiman Athirah Al-Jundi







Khamis, 10 Disember 2009

Memasang 'railing' Kompleks PAS

Bermula semalam, AJK DMP Kuala Kangsar telah mula memasang 'railing' untuk langsir dewan Kompleks PAS Kuala Kangsar. Untuk menjimatkan kos, kami memasang sendiri 'railing' tersebut. Hari Jumaat ni, insyaAllah, kami akan memasang langsir untuk keseluruhan dewan.







Alhamdulillah, ada hero yang membantu...
Najmal Hadi bin Zainal Abidin.. anak Puan Noriah


Rabu, 9 Disember 2009

Ceramah Umum

Selasa, 1 Disember 2009

Kem Cinta Islam 2



PROGRAM TARBIYYAH ANAK-ANAK PAS (PROTAP) KUALA KANGSAR
KEM CINTA ISLAM 2
(Kem Motivasi Iman dan Akhlak Cuti Sekolah)


"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam), ibubapanyalah yang akan membuatnya menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani". (HR: Muslim).
Secara tegas, Rasulullah SAW menyatakan tanggungjawab pendidikan anak terletak atas bahu ibubapa.

Menyedari keadaan ini, PROTAP (Program Tarbiyyah Anak-anak PAS) telah mengambil tanggungjawab ini sebagai suatu yang perlu kepada gandingan yang padu antara ibubapa dan jamaah. Jamaah bertanggunjawab menyediakan program bersepadu bagi mendidik anak-anak PAS ke arah melahirkan insan soleh.

Program PROTAP yang terdekat adalah KEM CINTA ISLAM 2, akan diadakan pada 8 & 9 Disember 2009 ini . Kem ini adalah untuk pelajar yang berumur 12-18 tahun. Kem ini akan dianjurkan di Musolla Ehsan, Paya Renggam, Padang Rengas.

Sesiapa yang berminat menghantar anak-anak mereka menghadirinya, sila hubungi pihak sekretariat PROTAP :

Pengerusi PROTAP : 019-5121196
Setiausaha PROTAP : 012-2704726


" KE ARAH MEMBINA GENERASI AL QURAN"




Jumaat, 27 November 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Pihak DMP Kuala Kangsar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha
kepada seluruh umat Islam

dan selamat melaksanakan ibadah korban........

semoga mendapat keredhaanNya... InsyaAllah....




Ahad, 15 November 2009

Tamrin Muslimat di Kompleks PAS yang baru...

Tamrin DMP Kuala Kangsar telah dijalankan di dewan Kompleks PAS yang baru... walaupun belum siap sepenuhnya, tapi ia tetap dapat dijalankan seperti yang telah dirancang dalam suasana yang selesa. Program telah dijalankan pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.



Kompleks PAS Kuala Kangsar.. dah siap Fasa 1..



Para Muslimat DMP Kuala Kangsar... tekun mendengar ceramah...



Penceramah : Ustaz Abu Bakar bin Hamzah
Tajuk ceramah : Panduan Usrah dan Gerakan Islam



Jamuan ringan di penghujung program...



Khamis, 12 November 2009

Tamrin Nuqaba' Muslimat

TARIKH
15 November 2009
(Ahad)


MASA
8.30 pagi - 12.00 tengahari


TEMPAT
Kompleks PAS, Bukit Chandan,
Kuala Kangsar



Semua ahli DMP Kuala Kangsar dijemput hadir.





Jumaat, 30 Oktober 2009

Lembaga Disiplin PAS bersidang esok

KUALA LUMPUR, 30 Okt: Lembaga Disiplin PAS akan bersidang buat pertama kalinya esok mulai jam 10.30 pagi selepas mendapat arahan menyelesaikan segera beberapa isu dalaman PAS, kata ketuanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Namun, dimaklumkan bahawa, tidak akan ada sebarang sidang media atau kenyataan media berkaitan dengan hal ini sehinggalah keputusan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat, katanya.


"Kami akan bermesyuarat esok dan akan melihat dokumen-dokumen yang ada sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.


Lembaga ini, katanya, mempunyai lima anggota termasuk beliau. Mereka terdiri dari peguam, tokoh agama dan anggota veteran PAS.


"Namun saya tidak bercadang untuk mendedahkan nama mereka," kata Tuan Ibrahim.

Lembaga Disiplin PAS telah diarahkan bersidang segera bagi menyiasat beberapa dakwaan kepada PAS Selangor.


ImageArahan ini dibuat oleh mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini. Ia dimaklumkan kepada media oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya kira-kira jam 1.00 pagi 29 Oktober semalam.


Selain Lembaga Disiplin diminta bersidang segera, PAS juga akan mengadakan satu seminar khas yang bakal disertai lebih 1,000 pemimpin parti di semua peringkat 7 November nanti.


Ia akan diadakan di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub diamanahkan untuk menguruskan seminar ini.


Turut diputuskan dalam mesyuarat khas itu adalah, isu kerajaan perpaduan telah ditutup dan tidak akan dibicarakan lagi.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau telah menerima beberapa dokumen yang disampaikan kepada beliau.


"Ada yang sampai melalui Setiausaha Agung. Dan ada yang disampaikan kepada saya melalui presiden sendiri," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, lembaga ini akan meneliti segala dokumen itu apakah ia bertentangan dengan didiplin parti atau ia hanya ijtihad peribadi individu berkenaan sahaja.


Dari situ, katanya, lembaga ini akan membuat cadangan kepada Jawatankuasa PAS Pusat apakah bentuk tindakan yang akan diambil.


Sumber : Harakahdaily


Komen dmpkk...

Sememangnya hal-hal yang berkaitan dengan parti perlu diselesaikan secara syura... bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.. bukan mudah juga untuk membuat keputusan.. bagai menarik tepung dalam benang... benang janganlah putus.. tepung juga usahlah berselerakan.....




Isnin, 19 Oktober 2009

Khamis, 8 Oktober 2009

Jom undi bulan...




Jom undi bulan.....

Ahad, 4 Oktober 2009

Calon PAS PRK N31 Bagan Pinang

Zulkefly Mohamad Omar



CALON RAKYAT UNTUK RAKYAT


BIODATA


Nama : Zulkefly Mohamad bin Haji Omar

Lulusan : Ijazah Master (Master In Science – Corporat Comm. Universiti Putra Malaysia)

Pekerjaan : Ahli Perniagaan

Umur : 45 Tahun


Jawatan Parti
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2007 - )
Mantan Timbalan Pesuruhjaya (2005-2007)

Jawatan Lain
Pengerusi No Incinerator Broga
Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu N.Sembilan.


Jumaat, 11 September 2009

Kenyataan Media DMP Perak dalam isu sebat Kartika

Ustazah Bariah bersama AJK DMP Perak


Sempena lawatan ziarah Kartika. DMP Perak mengambil kesempatan mengadakan sidang media untuk menyatakan pendirian DMP Perak mengenai isu sebat Kartika ini.Kenyataan media ini telah disampaikan oleh Ketua DMP Perak Ustazah Hjh Bariah bt Alang Sapri di Resort Perak River Safari kepunyaan ayah Kartika Sari Dewi.


Kenyataan Media DMP Perak dalam Isu Sebat Kartika


DMP Perak merasakan terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberi pandangan di atas isu ini.Isu ini hendaklah di lihat menyeluruh iaitu yang melibatkan hak individu,hak masyarakat serta perlaksanaan hukum syariah.


1. DMP Perak menyokong pendirian Tengku Mahkota Pahang yang menyerahkan kedudukan kes ini kepada Mahkamah Tinggi Syariah


2. DMP Perak kesal kerajaan Malaysia tidak serius dalam perlaksanaan undang-undang Islam selaras dengan status sebuah negara Islam yang diishtiharkan


3. DMP Perak menggesa semua pihak seharusnya memahami isu ini dari sudut pandangan Islam dan menghormati pendirian murni Kartika yang bertanggungjawab diatas kesalahannya serta mengkagumi azamnya yang kukuh untuk bertaubat seterusnya memberi perhatian kepada keluarga


4. Objektif syariah menjaga 5 perkara AGAMA, NYAWA, AKAL, MARUAH DAN HARTA.Ternyata pengaruh arak akan mengendalakan kelima-lima objektif syariah , harta benda terancam, nyawa terancam, maruah tiada harga.DMP Perak menyokong penuh kenyataan Presiden PAS , bahawa penjualan arak haruslah diharamkan terlebih dahulu kepada semua orang Islam.


5. Perlaksanaan undang-undang Islam mestilah didalam kerangka Islam.Namun sebelum ia kembali kepada kesempurnaan, DMP Perak memandang secara positif agar kes Kartika sebagai permulaan kepada perjalanan proses yang tertunda sejak 1957.


6. DMP Perak berpegang kepada ketetapan Islam bahawa semua pihak adalah sama di sisi undang-undnag, tanpa mengira jantina. Dosa dan salah sama darjahnya tanpa mengenal jantina. Dengan hukuman ini peminum arak di kalangan orang Islam akan berkurangan dan terhapus.


Sekian, Terima Kasih



Yang benar


Ketua DMP Perak Hajjah Bariah Alang Sapri.



Sumber : Laman Web PAS Perak

Program Kebajikan DMP Kuala Kangsar

27 Ogos 2009/6 Ramadhan 1430

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Lajnah Kebajikan dan Lajnah Penerangan DMP Kuala Kangsar telah menyampaikan sumbangan barang keperluan harian dan pakaian kepada 6 buah rumah di Kampung Ketior (DUN Manong) dan 6 buah rumah di Chandan (DUN Chandan). Ucapan terima kasih dan syukur Alhamdulillah kepada semua yang terlibat.


6 September 2009/16 Ramadhan 1430

Alhamdulillah diucapkan kepada Allah swt kerana sekali lagi Lajnah Kebajikan dan Lajnah Penerangan DMP Kuala Kangsar diizinkanNya untuk turun berbakti kepada masyarakat di Ulu Kenas bersama-sama PAS Kawasan Kuala Kangsar dan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kangsar. Pakaian dan sumbangan beras diterima dengan kegembiraan dalam panas terik Ramadhan hari yang ke 16. InsyaAllah, sebelum Hari Raya Aidil Fitri, DMP Kawasan Kuala Kangsar akan sekali lagi turun ke cawangan-cawangan untuk memberi sumbangan yang telah dikumpul daripada rakan-rakan seperjuangan serta para dermawan negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.





Rabu, 9 September 2009

Cara bersangka baik...


Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.



Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".



Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".



Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."



Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."



Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."



Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh.
Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.




Isnin, 7 September 2009

Kepimpinan.. ciri-ciri yang patut ada...

Itukah bakal pemimpin mereka? Sila klik



Tak sanggup rasanya saya memaparkannya di ruangan ini.... Itukah pelapis pimpinan yang mereka ada? Begitukah cara didikannya? Jauh sangat terkeluar dari ciri-ciri kepimpinan Islam dan moral setempat...


Lantas apakah ciri-ciri yang patut ada pada seorang pemimpin atau bakal pemimpin menurut Islam?


Kepimpinan dari kacamata Islam merujuk kepada keperibadian dan segenap aspek tindakan yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Di antara ciri-ciri kepimpinan yang baik di antaranya ialah:

  1. Berilmu pengetahuan. Orang yang berilmu akan ditingkatkan darjat dan tarafnya. Demikian menurut AlQuran. Sudah semestinya seorang pemimpin dalam sebuah organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih terutama aspek-aspek teknikel dan juga pengurusan dalam organisasi.
  2. Teras Aqidah yang kukuh. Ini bermakna seorang pemimpin yang mempunyai teras aqidah yang kukuh akan berjaya dalam kepimpinannya kerana pegangan yang tetap dan aqidah yang mantap akan mencorakkan kepimpinan yang tegas dan beretika dalam perwatakan dan prosedur kerja.
  3. Seorang lelaki. Pemimpin lelaki mempunyai beberapa kelebihan berbanding wanita dari segi kepimpinan. Pandangan yang jauh dan bermakna lebih utama dari mengutamakan perkara yang dekat dan remeh dari segi soal-soal kepimpinan. Kaum wanita adalah penting dari segi mengukuhkan organisasi dan perkara-perkara yang perlu dihalusi untuk mencapai kesempurnaan.
  4. Amanah. Sifat amanah adalah sifat yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Seharusnya seseorang pemimpin mewarisi sifat tersebut untuk mewujudkan sikap kerja yang baik dalam berbagai urusan organisasi.
  5. Benar dalam perkataan dan tindakan. Seseorang yang benar dalam perkataan dan tindakannya menggambarkan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan menepati soal Kepimpinan Melalui Teladan.
  6. Keadilan yang meliputi segenap aspek yang dipimpin. Pemimpin yang adil adalah tunggak yang utama dalam sesebuah organisasi. Ciri kepimpinan yang adil mewarisi sifat-sifat utama pemimpin Islam sebagai termaktub dalam perjuangan para nabi dan rasul. Pemimpin yang adil juga dijamin keselamatannya di bawah naungan ‘Arash Allah swt.
  7. Bersifat rahim. Sabda Rasulullah s.a.w. ; perumpamaan baginda dengan umatnya ialah seperti orang yang menghalau kupu-kupu dan belalang yang berkerumun dekat api. Baginda menarik umatnya dari belakang agar mereka tidak jatuh ke dalam api tetapi mereka selalu terlepas tangan dari baginda. Sabdanya lagi, “Sebaik-baik pemimpin ialah yang kamu mencintai dan Dia mencintaimu, dan kamu mendoakan dan ia mendoakanmu. Dan sejahat-jahat pemimpin ialah yang kamu benci dan membenci kamu…”.
  8. Bijak dalam menangani masalah. Kisah Nabi Yusuf a.s dalam menangani masalah ekonomi meleset akibat musim kemarau yang berpanjangan melalui perancangan dan pentadbiran yang bijak adalah menjadi rujukan penting bagi sifat-sifat pemimpin yang bijak.
  9. Sentiasa menyampaikan pesanan dan perkara-perkara yang hak. Pesanan Rasulullah s.a.w., “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”.



Sumber : http://www.geocities.com/kudaku/artikel2.html





Sabtu, 5 September 2009

Antara dua cerita.....

Antara dua cerita di bulan Ramadhan...

untuk sama-sama kita fikirkan...




Sila klik pada tajuk cerita untuk butiran lanjut.


Cerita 2

Pasangan suami isteri ditangkap kerana makan di khalayak
ramai di bulan Ramadhan




Semoga dapat dijadikan teladan dan sempadan... juga sebagai pencetus perjuangan... InsyaAllah..


Kompleks PAS Kuala Kangsar - luahan hati

Pembinaan Kompleks PAS Kawasan Kuala Kangsar bermula sekitar akhir tahun 2008. Dengan kebenaran daripada PAS Kawasan, DMPKK telah menubuhkan Jawatankuasa Sekretariat Pembinaan Bangunan, khusus bagi mengurus serta mencari dana untuk pembinaan kompleks ini bagi fasa yang pertama yang mengandungi pejabat, bilik gerakan, dewan serbaguna dan juga 2 bilik untuk disewa (homestay- yang baru difikirkan kemudian sebagai pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan pengurusan dan program DMPKK).


Kos perbelanjaan kasar pembinaan kompleks ini hampir menjangkau RM200 ribu ringgit. Di mana Jawatankuasa Sekretariat Pembinaan Kompleks ini mendapat kewangan yang sebanyak ini untuk melaksanakan projek besar ini? Semua ini adalah hasil komitmen JK sekretariat, kerjasama, bantuan dan sumbangan ahli-ahli PAS yang prihatin, individu yang simpati dengan perjuangan PAS dulu, kini dan selamanya.


Kalau ada yang menganggap kompleks ini adalah untuk kegunaan kroni. Kami setuju sangat kalau yang dimaksudkan kroni, adalah mereka yang nak berjuang untuk menegakkan Islam. Yang mencintai kesatuan dan kebersamaan dalam jamaah Islam. Yang sanggup mengorbankan masa, harta bahkan jiwa sekalipun andai tak ada pilihan dalam mendaulatkan Islam.


Pada mereka-mereka yang masih sangsi dengan kewujudan kompleks ini, eloklah bertanya kepada yang terlibat secara langsung dalam pembinaan kompleks ini untuk mendapat maklumat yang tepat. Kurang bijak menulis kalau sekadar rasa-rasa. Takut-takut ia menjadi fitnah. Lebih baik hubungi mereka(JK Sekretariat) dan dapatkan maklumat yang tepat, dan selepas itu kalau mampu dan berminat, boleh sama-sama berkerja keras mengumpul dana untuk siapkan kompleks ini secepat mungkin.


Lagi cepat siap lagi cepat boleh digunakan dan sudah pasti banyak program dan aktiviti dapat kita laksanakan dalam keadaan lebih selesa di premis kita sendiri. Jangan biarkan rasa prejudis dan buruk sangka bermain dalam minda, sedangkan kita sedia maklum itu semua mainan syaitan. Sesungguhnya syak wasangka, fitnah, adu domba akan menghancurkan anak Adam. Andai anda ahli jamaah yang komited dengan kerja-kerja Islam, kami berlapang dada mempelawa anda menyertai kami, kerana sesiapa sahaja yang mencintai jamaah/ harakah Islam adalah kroni kami tanpa mengira pangkat dan darjat. Kerja-kerja nak mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini terlalu banyak dan kerja ini hanya dapat terlaksana dengan adanya kesatuan dan wahdatul fiqh.



Luahan hati :

Hamba Allah


Kartika Sari Dewi Shukarnor - Liputan Blogger

Kartina dan ayahnya, Shukarnor


Sesi wawancara eksklusif berhubung kes hukuman rotan yang telah dijatuhkan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32 tahun, telah diadakan pada hari Khamis, 3 September 2009 bertempat di resort milik keluarganya di Kampung Jawang, Sungai Siput (U). Antara pihak media yang mewawancara Kartina dan ayahnya ialah blogger Al banjari, MSK, team Perak Ekspress dan UmmiAnni. Wawancara ini turut dihadiri oleh beberapa wakil Dewan Muslimat PAS Negeri Perak dan Pusat.

Liputan mengenai wawancara ini boleh diperolehi daripada blog Al banjari online dan UmmiAnni.

Pihak DMP Kuala Kangsar merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi wawancara eksklusif ini. Semoga ianya dapat membantu pihak-pihak yang terbabit dalam memperjelaskan hukum-hukum Islam yang masih kabur dalam minda umat Islam masa kini. InsyaAllah..

Khamis, 3 September 2009

Sidang media isu rotan

Kartika


Sidang media mengenai isu hukuman rotan ke atas Kartika akan diadakan di Kuala Kangsar pada hari Khamis, 3 September 2009, jam 10 pagi di tempat yang masih dirahsiakan. Program ini diusahakan oleh Dewan Muslimat PAS Perak.

Siaran secara langsung sidang media tersebut boleh disaksikan melalui blog Al Banjari Online.


Pakar perubatan akui puasa kaedah terbaik rawat penyakit



Oleh Mohd Fikri Che Hussain


HIKMAT berpuasa secara tidak langsung dapat memberikan faedah besar terhadap kesihatan tubuh. Waktu rehat yang diberikan kepada saluran pemakanan dalam tempoh sebulan cukup untuk meregang dan melegakan bahagian penghadaman itu. Dalam erti kata lain mengembalikan kekuatan dan kecergasannya pada waktu selepas berlalu Ramadan.

Puasa memberikan kerehatan kepada setiap manusia yang melakukannya selain turut menjadi benteng kepada pelbagai penyakit yang menyerang tubuh manusia. Penyakit yang nyata berjaya dihindari dengan melakukan ibadah ini ialah sakit perut, obesiti, pertambahan kolesterol, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Apabila merujuk Hippocrate yang bergelar Bapa Perubatan Greek, beliau turut menggunakan puasa sebagai kaedah perubatan pada hari pertama pesakitnya mendapatkan rawatan. Beliau juga menyifatkan kepelbagaian rawatan yang dihasilkan daripada puasa amat sesuai dengan setiap penyakit.


Pakar perubatan Arab, Dr Umayyah Lahud dalam bukunya menjelaskan: “Saya sering melakukan kajian kepada pelajar yang berpuasa, hanya dalam tempoh singkat mereka dapat menambahkan kemampuan dari aspek penghasilan idea. Ini menjadikan mereka pelajar yang mampu menggunakan segala kemampuan akal untuk menguasai pelajaran. Ini hasil daripada puasa yang menjadikan tubuh merangsang asid yang menolak segala toksin. Seterusnya menjadikan sel darah kembali normal dan bersih daripada segala zat yang diperoleh dari pemakanan harian, manakala pengaliran darah ke otak lebih lancar.”

Tidak diragukan lagi puasa ini adalah tanda kekuasaan Allah yang mensyariatkan kepada kita ibadah amat bermanfaat. Pakar perubatan lain turut mengutamakan teknik berpuasa bagi pesakit mereka berbanding pemberian ubat atau rawatan lain.

Allamah Rasyid Ridha penulis Tafsir al-Manar menjelaskan pengakuan beberapa pakar perubatan Eropah yang mengakui dengan berpuasa sebulan Ramadan mampu menyingkirkan sel tambahan yang mati atau tidak berfungsi dalam badan seseorang individu itu.

Apa yang menghairankan, di negara kita, didapati majoriti yang menyambut bulan mulia ini dengan ‘menyerbu’ ke bazar Ramadan sehingga kos perbelanjaan makanan bulan ini meningkat. Peniaga pula mengambil kesempatan meningkatkan harga barangan keperluan hatta gula mulai disorok bagi menjadikan harga di pasaran melambung tinggi. Sedangkan dalam hadis riwayat Muslim ada menyebutkan: “Siapa yang menyorok barang keperluan, dia adalah seorang yang berbuat maksiat.”

Kewujudan pasar Ramadan menjadikan seolah-olah bulan puasa adalah ‘pesta makanan’. Segala makanan yang muncul dibeli oleh pelanggan untuk dihidangkan kepada keluarga, maka bertambahlah ‘penyakit’ lain dari aspek fizikal sama ada penyakit obesiti, diabetes, darah tinggi dan jantung. Penyakit hati yang timbul pula seperti tamak, tidak sabar atau gelojoh, kedekut dan mementingkan diri tetap bersarang di jiwa.

Apabila mereka merujuk hospital akibat penyakit dihidapinya, pasti banyak penyakit itu berpunca daripada perut yang kekenyangan. Allah berfirman: “Makan dan minumlah kamu sekalian dan jangan kamu membazir.”

Ayat ini jelas menerangkan keharusan makan dan minum bagi setiap manusia, tetapi pada akhirnya turut melarang berlebihan dan membazir. Ulama menyatakan, dalam ayat yang ringkas itu Allah Taala mengumpulkan rahsia perubatan untuk semua perkara kepada diri manusia.

Kaum terdahulu turut melarang mengambil makanan dan minuman melampaui batasan keperluan. Luqman al-Hakim pernah mengingatkan kepada anaknya: “Wahai anakku! Seandainya perut dipenuhi makanan, akan tidurlah akal fikiran, tergendala segala hikmah dan lumpuhlah anggota badan untuk beribadah.”

Justeru, setiap Muslim perlu menggunakan kesempatan terbaik ini bagi membetulkan kesilapan mereka pada masa lalu. Khidmat percuma ini didatangkan Allah dengan penuh nikmat kepada setiap hamba-Nya. Tidak perlu kita merosakkan puasa ini dengan membanyakkan makan minum sehingga membawa pembaziran.

Pesan Imam Muhammad al-Hasan al-Syaibani: “Pembaziran makanan itu adalah makan dengan banyak sehingga melampaui rasa kenyang. Termasuk juga pembaziran adalah memperbanyakkan juadah dan kepelbagaian jenisnya. Bahkan dikirakan pembaziran juga apabila diletakkan dalam hidangan itu pelbagai ragam makanan melebihi keperluan yang sepatutnya.”


Dua belas aurat wanita




1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...... .jadi hantu loceng...... ....

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Bt Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.


Rabu, 2 September 2009

Majlis Sambutan Badar Kubro bersama Presiden PAS



Badar Kubro


Majlis Sambutan Badar Kubro bersama Presiden PAS


BERSAMA
YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang
YB Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin
Ustaz Abu Bakar Hussain


TEMPAT
15 Ramadhan 1430/5 September
(Sabtu)


TEMPAT
Surau Al-Ikhlasiah
Jalan Pemimpin,
Kampung Manjoi, Ipoh



MASA
7:21 Malam (Waktu berbuka Puasa)


Semua Dijemput Hadir


Sumbangan berupa wang ringgit boleh disalurkan melalui:
Akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Perak : 08013010005254
Sebarang pertanyaan Sila hubungi :- Sdr. Zairul 013-528 4032

http://dppperak.blogspot.com/



Isnin, 31 Ogos 2009

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 52....
semoga semua rakyat Malaysia terlepas sepenuhnya daripada belenggu penjajahan minda dan tindakan yang membinasakan...


Selasa, 25 Ogos 2009

PAS menang di DUN Permatang Pasir


PAS : 9618 undi

BN : 5067 undi


PAS menang dengan majoriti : 4551 undi


Syukur alhamdulillah... Tahniah buat seluruh tenaga kerja PAS, PKR dan DAP serta penyokong Pakatan Rakyat. Syabas kepada pengundi DUN Permatang Pasir kerana bijak membuat pilihan.




Isnin, 24 Ogos 2009

Selamat mengundi...



Selamat mengundi kepada semua pengundi PRK DUN Permatang Pasir - N11



UNDILAH PAS





Sabtu, 22 Ogos 2009

Anak Emas......?

Permatang pasir dah jadi ANAK EMAS kerajaan BN.... ?

sejak bila tu.....?



Indahnya ketika bersamaMu....

Indahnya tika berbicara denganMu........ dan kekuranganku ini tidak pernah menjadi alasan untuk menjauhiMu.....











Ya Rabbi...
aku redha dengan segala kurniaanMu
tapi berikan kekuatan untuk ku harungi segala ujianMu......







Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak


Tanpa sedar...


11 bulan
banyak kata sudah diucapkan....dilontarkan
tapi tak semua menyejukkan...

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat.... diciptakan
tapi tak semua menyenangkan....

11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian dari diri....

saatnya istirehat dalam 'perjalanan dunia'
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri....

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan...

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan doa-doa
dan kembali menjadi fitrah.....



'Selamat Berpuasa kepada semua'...


Khamis, 20 Ogos 2009

Amanah menanti di Permatang Pasir


Nampaknya sahabat-sahabat dari seluruh pelusuk tanahair telah berkampung di Permatang Pasir... menjalankan pelbagai gerakerja pilihanraya bagi menghadapi tarikh keramat di bulan yang penuh barkah, bulan Ramadhan al Mubarak dan juga bulan kemerdekaan tanahairku Malaysia... pada 25 Ogos 2009, pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir N11...

Tabahlah wahai sahabat dan sahabiah ku di sana... menunaikan tanggungjawab jamaah demi keredhaanNya... terasa indahnya menjalankan gerakerja jamaah di bulan yang penuh keberkatan.. penuh kenikmatan... semoga Ramadhan kali ini dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah swt... InsyaAllah....

Ana akan pun akan menuruti kalian ke sana... kerana... amanah menanti di Permatang Pasir...

Jom kita berjuang........



Takziah buat Aiman Athirah....

Takziah buat Cik Aiman Athirah al Jundi yang kehilangan ayahanda tercinta pada hari Isnin, 17 Ogos 2009, jam 4.05 petang... Al Fatihah...

Semoga beliau dan keluarganya tabah menerima ujianNya ini... InsyaAllah....

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti merasai mati...


"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."

[Surah al-Anbiyaa 21:34-35]





Ahad, 16 Ogos 2009

Calon PAS DUN Permatang Pasir



BIODATA CALON


NAMA
Ustaz Mohd Saleh Man


TARIKH LAHIR
16 Februari 1954


TEMPAT LAHIR
Permatang Sungai Dua, Kepala Batas, Seberang Perai



ISTERI
Puan Siti Fatimah Othman



BILANGAN ANAK
5 orang



PENDIDIKAN
Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh, Kepala Batas
Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas
Madrasah Khariah Islamiah, Pokok Sena
Maktab PGAS, Guar Perahu, Bukit Mertajam
Yayasan Pengajian Islam Nilam Puri, Kelantan - Syariah
Univesiti Malaya (UM) - Syariah


POLITIK
Jawatan yang pernah disandang :
Ketua Pemuda PAS Cawangan Sungai Dua
Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor
YDP PAS Tasek Gelugor
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri
Timbalan Pesuruhjaya PAS



Santainya Bloggers....

Program Santai Blogger PAS Perak telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 15 Ogos 2009 di Kem Haniffa, Gopeng. Agak menarik kerana kem tersebut terletak di tepian sungai yang cetek.. memang sesuai dengan programnya yang santai... (walaupun kami dah tersesat ketika mencari lokasinya.......kalo bawa kereta four wheel drive ok ler.... hehehe)

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar b. Hussein dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Khairuddin b. Dato' Abdul Malek.

Diantara agenda program adalah taklimat dari pihak penganjur, amanat-amanat daripada pimpinan dan sesi takruf.

Program ini bertujuan untuk mengumpulkan blogger PAS Perak, mengenali antara satu sama lain, mengeratkan ukhwah sesama blogger di samping menjadi landasan untuk saling ingat peringati di antara satu sama lain dalam menjalankan tugas-tugas dakwah di jalur lebar.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mempertemukan bloggers Perak dalam suasana yang mesra dan santai... apalagi dijamu dengan hidangan yang sedap-sedap... boleh pula dibawa balik... hehehe... durian untuk orang rumah....

Semoga dengan adanya 'pasukan blogger Perak' , para bloggers dapat menjalankan misi dakwahnya dengan lebih teratur dan berkesan.. InsyaAllah...



Sesi Taklimat...
disampaikan oleh YB Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong/Ketua Penerangan PAS Perak/Blogger 'Cina Islam'



Amanat untuk bloggers....
disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar Hussein, Pesuruhjaya PAS Perak
(gambar dipinjam dari blog ajijoi)



Blogger Muslimat...
antaranya Anak muallaf, Ummi ani, Ummu aiman dan blogger DMP



Antara blogger PAS yang hadir....
sempat lagi berposing beramai-ramai... hehehe...



Sabtu, 15 Ogos 2009

Motivasi Pilihanraya Muslimat

Program motivasi piliharaya untuk muslimat Kawasan Kuala Kangsar telah dijalankan pada hari Sabtu, 15 Ogos 2009, di Surau Muhammadiah, Bukit Chandan. Penceramah yang dijemput untuk menyampaikan motivasi adalah Saudari Aiman Athirah Al Jundi, Ketua Penerangan DMP Pusat. Majlis bermula pada jam 9.30 pagi dan berahir pada jam 12.00 tengahari.



Ucapan Aluan daripada Ketua DMP Kawasan Kuala Kangsar
Puan Hjh Mun Nurhayati



Penceramah
Saudari Aiman Athirah Al Jundi




Peserta Motivasi