Dikisahkan, setiap kali Rasulullah keluar untuk ke masjid, seorang perempuan tua yang amat membenci baginda akan melempari najis dan pelbagai sampah sarap di laluan yang baginda lalui. Begitulah setiap hari, namun baginda dengan sabar tidak sedikit pun merungut akan keadaan itu.
Suatu pagi, baginda hairan kerana tiada kotoran di sepanjang laluan seperti biasa. Baginda bertanya kepada jiran tetangganya. Mereka memberitahu bahawa perempuan itu sakit. Lalu baginda bersegera melawat perempuan itu dan kedatangan baginda amat mengejutkan perempuan itu. Disebabkan terpesona dengan sikap pemaaf baginda, perempuan tua itu melafazkan syahadah di hadapan Rasulullah saw.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sudi-sudilah memberi komen atau pandangan...