Pembinaan Kompleks PAS Kawasan Kuala Kangsar bermula sekitar akhir tahun 2008. Dengan kebenaran daripada PAS Kawasan, DMPKK telah menubuhkan Jawatankuasa Sekretariat Pembinaan Bangunan, khusus bagi mengurus serta mencari dana untuk pembinaan kompleks ini bagi fasa yang pertama yang mengandungi pejabat, bilik gerakan, dewan serbaguna dan juga 2 bilik untuk disewa (homestay- yang baru difikirkan kemudian sebagai pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan pengurusan dan program DMPKK).
Kos perbelanjaan kasar pembinaan kompleks ini hampir menjangkau RM200 ribu ringgit. Di mana Jawatankuasa Sekretariat Pembinaan Kompleks ini mendapat kewangan yang sebanyak ini untuk melaksanakan projek besar ini? Semua ini adalah hasil komitmen JK sekretariat, kerjasama, bantuan dan sumbangan ahli-ahli PAS yang prihatin, individu yang simpati dengan perjuangan PAS dulu, kini dan selamanya.
Kalau ada yang menganggap kompleks ini adalah untuk kegunaan kroni. Kami setuju sangat kalau yang dimaksudkan kroni, adalah mereka yang nak berjuang untuk menegakkan Islam. Yang mencintai kesatuan dan kebersamaan dalam jamaah Islam. Yang sanggup mengorbankan masa, harta bahkan jiwa sekalipun andai tak ada pilihan dalam mendaulatkan Islam.
Pada mereka-mereka yang masih sangsi dengan kewujudan kompleks ini, eloklah bertanya kepada yang terlibat secara langsung dalam pembinaan kompleks ini untuk mendapat maklumat yang tepat. Kurang bijak menulis kalau sekadar rasa-rasa. Takut-takut ia menjadi fitnah. Lebih baik hubungi mereka(JK Sekretariat) dan dapatkan maklumat yang tepat, dan selepas itu kalau mampu dan berminat, boleh sama-sama berkerja keras mengumpul dana untuk siapkan kompleks ini secepat mungkin.
Lagi cepat siap lagi cepat boleh digunakan dan sudah pasti banyak program dan aktiviti dapat kita laksanakan dalam keadaan lebih selesa di premis kita sendiri. Jangan biarkan rasa prejudis dan buruk sangka bermain dalam minda, sedangkan kita sedia maklum itu semua mainan syaitan. Sesungguhnya syak wasangka, fitnah, adu domba akan menghancurkan anak Adam. Andai anda ahli jamaah yang komited dengan kerja-kerja Islam, kami berlapang dada mempelawa anda menyertai kami, kerana sesiapa sahaja yang mencintai jamaah/ harakah Islam adalah kroni kami tanpa mengira pangkat dan darjat. Kerja-kerja nak mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini terlalu banyak dan kerja ini hanya dapat terlaksana dengan adanya kesatuan dan wahdatul fiqh.
Luahan hati :
Hamba Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sudi-sudilah memberi komen atau pandangan...