Jumaat, 11 September 2009

Kenyataan Media DMP Perak dalam isu sebat Kartika

Ustazah Bariah bersama AJK DMP Perak


Sempena lawatan ziarah Kartika. DMP Perak mengambil kesempatan mengadakan sidang media untuk menyatakan pendirian DMP Perak mengenai isu sebat Kartika ini.Kenyataan media ini telah disampaikan oleh Ketua DMP Perak Ustazah Hjh Bariah bt Alang Sapri di Resort Perak River Safari kepunyaan ayah Kartika Sari Dewi.


Kenyataan Media DMP Perak dalam Isu Sebat Kartika


DMP Perak merasakan terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberi pandangan di atas isu ini.Isu ini hendaklah di lihat menyeluruh iaitu yang melibatkan hak individu,hak masyarakat serta perlaksanaan hukum syariah.


1. DMP Perak menyokong pendirian Tengku Mahkota Pahang yang menyerahkan kedudukan kes ini kepada Mahkamah Tinggi Syariah


2. DMP Perak kesal kerajaan Malaysia tidak serius dalam perlaksanaan undang-undang Islam selaras dengan status sebuah negara Islam yang diishtiharkan


3. DMP Perak menggesa semua pihak seharusnya memahami isu ini dari sudut pandangan Islam dan menghormati pendirian murni Kartika yang bertanggungjawab diatas kesalahannya serta mengkagumi azamnya yang kukuh untuk bertaubat seterusnya memberi perhatian kepada keluarga


4. Objektif syariah menjaga 5 perkara AGAMA, NYAWA, AKAL, MARUAH DAN HARTA.Ternyata pengaruh arak akan mengendalakan kelima-lima objektif syariah , harta benda terancam, nyawa terancam, maruah tiada harga.DMP Perak menyokong penuh kenyataan Presiden PAS , bahawa penjualan arak haruslah diharamkan terlebih dahulu kepada semua orang Islam.


5. Perlaksanaan undang-undang Islam mestilah didalam kerangka Islam.Namun sebelum ia kembali kepada kesempurnaan, DMP Perak memandang secara positif agar kes Kartika sebagai permulaan kepada perjalanan proses yang tertunda sejak 1957.


6. DMP Perak berpegang kepada ketetapan Islam bahawa semua pihak adalah sama di sisi undang-undnag, tanpa mengira jantina. Dosa dan salah sama darjahnya tanpa mengenal jantina. Dengan hukuman ini peminum arak di kalangan orang Islam akan berkurangan dan terhapus.


Sekian, Terima Kasih



Yang benar


Ketua DMP Perak Hajjah Bariah Alang Sapri.



Sumber : Laman Web PAS Perak

1 ulasan:

Sudi-sudilah memberi komen atau pandangan...