Rabu, 12 Mei 2010

15 sebab berlakunya bencana

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al Tarmizi daripada Saidina Ali k.w., baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Apabila umat-umat aku melakukan lima belas perkara, maka layaklah mereka ditimpa bala, iaitu apabila harta-harta yang dirampas diagihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja, apabila sesuatu yang diamanahkan itu dijadikan sebagai hak milik, apabila zakat dikeluarkan sebagai penebus kesalahan (kerana terpaksa), apabila suami mentaati isterinya, apabila anak-anak menderhakai kedua-dua ibu bapanya, apabila seseorang lebih memuliakan rakannya dan memandang hina terhadap kedua-dua ibu bapanya, apabila kedengaran suara-suara bising (bersembang hal keduniaan) di dalam masjid, apabila ketua bagi sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang hina di antara mereka, apabila dimuliakan seseorang semata-mata kerana takutkan tindakan buruknya, apabila arak sudah menjadi minuman biasa, apabila lelaki sudah mula berminat untuk memakai sutera, apabila perempuan-perempuan dijemput untuk menyanyi bagi menghiburkan hati kaum lelaki, apabila perempuan-perempuan memainkan alat-alat bunyian (muzik), dan apabila generasi terakhir daripada umat ini mengutuk umat yang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah kedatangan bala yang berupa angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tidak akan menjadi."


Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa bencana yang menimpa umat manusia adalah disebabkan oleh dosa dan kesalahan manusia itu sendiri. Oleh itu, marilah kita berusaha untuk membersihkan diri kita, keluarga kita dan masyarakat di sekeliling kita, agar kita semua mendapat redhaNya dan terselamat daripada bencana besar yang pernah menimpa umat-umat lain di dunia. Insyaallah...


Selasa, 11 Mei 2010

Sifat-sifat Mazmumah




Menurut Imam al Ghazali, antara sifat-sifat mazmumah ialah seperti berikut :

1. Gemar makan dan minum
2. Banyak berkata-kata (yang sia-sia)
3. Marah
4. Hasad, dengki dan iri hati
5. Kasih pada harta
6. Takbur
7. Riyak
8. Ujub
9. Kasih akan dunia

Justeru itu, marilah kita muhasabah diri, semoga 9 perkara di atas tidak wujud dalam diri kita sebagai pejuang Islam.. kerana sifat-sifat tersebut akan menjerumuskan kita ke lembah hina, jauh dari redhaNya.. dan seterusnya melumpuhkan perjuangan. Nauzubillah...


Ahad, 9 Mei 2010

Selamat Hari Ibu


Selamat hari ibu kepada semua para ibu...
semoga kasih sayangmu mendapat keberkatan dari Allah swt.. InsyaAllah...


Sifat-sifat mahmudah


Menurut Imam Al-Ghazali, sifat-sifat mahmudah adalah seperti berikut :

1. Taubat
2. Takut akan Allah swt
3. Kasih akan Allah swt
4. Zuhud
5. Sabar
6. Syukur
7. Ikhlas dan benar
8. Tawakal
9. Redha dengan qadak Allah swt
10.Mengingati mati

Justeru itu, para muslimat sekalian, sebagai daie dalam perjuangan menegakkan agama Allah, marilah sama-sama kita muhasabah diri.. memohon limpah dan kurniaNya, supaya sifat-sifat mahmudah ini sentiasa bersama-sama kita sepanjang kehidupan ini... InsyaAllah...

Usrah DMP Kawasan

Usrah AJK DMP Kawasan Kuala Kangsar telah dijalankan pada hari Ahad, 9 Mei 2010 di Markaz PAS Kuala Kangsar.

Antara intipati perbincangan kali ini adalah :
i. penyusunan semula agenda usrah
ii. keperluan takruf sesama sahabat
ii. perbincangan teks usrah - peranan muslim haraki dalam masyarakat
(dari buku 'Amal Jama'i - Hj Yahya Othman)