Isnin, 11 Oktober 2010

TIGA MUSUH UTAMA KEPADA MANUSIA


Ahli-ahli sufi berpendapat, manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan kerana tiga perkara, iaitu:

1. SIFAT PELUPA
Memang tidak dapat dinafikan bahawa LUPA adalah salah satu sifat mansia sehingga manusia dipanggil INSAN dalam bahasa Arab yang bermaksud PELUPA seperti kata peribahasa Arab yang masyhur:
Tidaklah dinamakan manusia itu sebagai INSAN melainkan kerana sifat lupa yang dimilikinya.

2. RUNTUNAN HAWA NAFSU
Inilah musuh yang utama bagi diri kita kerana ia sentiasa bersama kita di mana sahaja kita berada. Justeru ahli sufi menyarankan agar kita memohon pertolongan daripada Allah agar tidak ditewaskan oleh runtunan nafsu sendiri

3. GODAAN IBLIS ATAU SYAITAN
Kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w diingatkan oleh Allah s.w.t menerusi kisah Israk dan Mikraj, betapa Baginda s.a.w apabila meninggalkan Baitul Laham untuk menuju ke Masjidil Aqsa, tiba-tiba dikejar oleh Afrit yang membawa obor. Maka Jibril pun mengajar Baginda s.a.w akan sebuah doa pelindung diri daripada ancaman makhluk jahat. Baginda s.a.w pun membaca doa tersebut, lalu Jin Afrit tersebut jatuh tersungkur dan api yang dibawanya kemudiannya padam. Berikut inilah doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w:

'' Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mulia, dengan firman-firman Nya yang cukup sempurna yang tidak boleh dirosakkan oleh orang yang soleh atau orang yang durjana daripada kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik ke sana, dan daripada kejahatan makhluk yang melata di bumi, dan daripada kejahatan yang keluar darinya, dan daripada fitnah-fitnah malam dan siang, dan daripada bahaya malam dan siang, melainkan yang datang membawa kebaikan. Perkenankanlah doa kami, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah. "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah memberi komen atau pandangan...