Rabu, 12 Mei 2010

15 sebab berlakunya bencana

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al Tarmizi daripada Saidina Ali k.w., baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Apabila umat-umat aku melakukan lima belas perkara, maka layaklah mereka ditimpa bala, iaitu apabila harta-harta yang dirampas diagihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja, apabila sesuatu yang diamanahkan itu dijadikan sebagai hak milik, apabila zakat dikeluarkan sebagai penebus kesalahan (kerana terpaksa), apabila suami mentaati isterinya, apabila anak-anak menderhakai kedua-dua ibu bapanya, apabila seseorang lebih memuliakan rakannya dan memandang hina terhadap kedua-dua ibu bapanya, apabila kedengaran suara-suara bising (bersembang hal keduniaan) di dalam masjid, apabila ketua bagi sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang hina di antara mereka, apabila dimuliakan seseorang semata-mata kerana takutkan tindakan buruknya, apabila arak sudah menjadi minuman biasa, apabila lelaki sudah mula berminat untuk memakai sutera, apabila perempuan-perempuan dijemput untuk menyanyi bagi menghiburkan hati kaum lelaki, apabila perempuan-perempuan memainkan alat-alat bunyian (muzik), dan apabila generasi terakhir daripada umat ini mengutuk umat yang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah kedatangan bala yang berupa angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tidak akan menjadi."


Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa bencana yang menimpa umat manusia adalah disebabkan oleh dosa dan kesalahan manusia itu sendiri. Oleh itu, marilah kita berusaha untuk membersihkan diri kita, keluarga kita dan masyarakat di sekeliling kita, agar kita semua mendapat redhaNya dan terselamat daripada bencana besar yang pernah menimpa umat-umat lain di dunia. Insyaallah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah memberi komen atau pandangan...