Isnin, 31 Ogos 2009

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 52....
semoga semua rakyat Malaysia terlepas sepenuhnya daripada belenggu penjajahan minda dan tindakan yang membinasakan...


Selasa, 25 Ogos 2009

PAS menang di DUN Permatang Pasir


PAS : 9618 undi

BN : 5067 undi


PAS menang dengan majoriti : 4551 undi


Syukur alhamdulillah... Tahniah buat seluruh tenaga kerja PAS, PKR dan DAP serta penyokong Pakatan Rakyat. Syabas kepada pengundi DUN Permatang Pasir kerana bijak membuat pilihan.




Isnin, 24 Ogos 2009

Selamat mengundi...



Selamat mengundi kepada semua pengundi PRK DUN Permatang Pasir - N11



UNDILAH PAS





Sabtu, 22 Ogos 2009

Anak Emas......?

Permatang pasir dah jadi ANAK EMAS kerajaan BN.... ?

sejak bila tu.....?



Indahnya ketika bersamaMu....

Indahnya tika berbicara denganMu........ dan kekuranganku ini tidak pernah menjadi alasan untuk menjauhiMu.....











Ya Rabbi...
aku redha dengan segala kurniaanMu
tapi berikan kekuatan untuk ku harungi segala ujianMu......







Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak


Tanpa sedar...


11 bulan
banyak kata sudah diucapkan....dilontarkan
tapi tak semua menyejukkan...

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat.... diciptakan
tapi tak semua menyenangkan....

11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian dari diri....

saatnya istirehat dalam 'perjalanan dunia'
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri....

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan...

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan doa-doa
dan kembali menjadi fitrah.....



'Selamat Berpuasa kepada semua'...


Khamis, 20 Ogos 2009

Amanah menanti di Permatang Pasir


Nampaknya sahabat-sahabat dari seluruh pelusuk tanahair telah berkampung di Permatang Pasir... menjalankan pelbagai gerakerja pilihanraya bagi menghadapi tarikh keramat di bulan yang penuh barkah, bulan Ramadhan al Mubarak dan juga bulan kemerdekaan tanahairku Malaysia... pada 25 Ogos 2009, pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir N11...

Tabahlah wahai sahabat dan sahabiah ku di sana... menunaikan tanggungjawab jamaah demi keredhaanNya... terasa indahnya menjalankan gerakerja jamaah di bulan yang penuh keberkatan.. penuh kenikmatan... semoga Ramadhan kali ini dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah swt... InsyaAllah....

Ana akan pun akan menuruti kalian ke sana... kerana... amanah menanti di Permatang Pasir...

Jom kita berjuang........



Takziah buat Aiman Athirah....

Takziah buat Cik Aiman Athirah al Jundi yang kehilangan ayahanda tercinta pada hari Isnin, 17 Ogos 2009, jam 4.05 petang... Al Fatihah...

Semoga beliau dan keluarganya tabah menerima ujianNya ini... InsyaAllah....

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti merasai mati...


"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."

[Surah al-Anbiyaa 21:34-35]





Ahad, 16 Ogos 2009

Calon PAS DUN Permatang Pasir



BIODATA CALON


NAMA
Ustaz Mohd Saleh Man


TARIKH LAHIR
16 Februari 1954


TEMPAT LAHIR
Permatang Sungai Dua, Kepala Batas, Seberang Perai



ISTERI
Puan Siti Fatimah Othman



BILANGAN ANAK
5 orang



PENDIDIKAN
Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh, Kepala Batas
Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas
Madrasah Khariah Islamiah, Pokok Sena
Maktab PGAS, Guar Perahu, Bukit Mertajam
Yayasan Pengajian Islam Nilam Puri, Kelantan - Syariah
Univesiti Malaya (UM) - Syariah


POLITIK
Jawatan yang pernah disandang :
Ketua Pemuda PAS Cawangan Sungai Dua
Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor
YDP PAS Tasek Gelugor
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri
Timbalan Pesuruhjaya PAS



Santainya Bloggers....

Program Santai Blogger PAS Perak telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 15 Ogos 2009 di Kem Haniffa, Gopeng. Agak menarik kerana kem tersebut terletak di tepian sungai yang cetek.. memang sesuai dengan programnya yang santai... (walaupun kami dah tersesat ketika mencari lokasinya.......kalo bawa kereta four wheel drive ok ler.... hehehe)

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar b. Hussein dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Khairuddin b. Dato' Abdul Malek.

Diantara agenda program adalah taklimat dari pihak penganjur, amanat-amanat daripada pimpinan dan sesi takruf.

Program ini bertujuan untuk mengumpulkan blogger PAS Perak, mengenali antara satu sama lain, mengeratkan ukhwah sesama blogger di samping menjadi landasan untuk saling ingat peringati di antara satu sama lain dalam menjalankan tugas-tugas dakwah di jalur lebar.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mempertemukan bloggers Perak dalam suasana yang mesra dan santai... apalagi dijamu dengan hidangan yang sedap-sedap... boleh pula dibawa balik... hehehe... durian untuk orang rumah....

Semoga dengan adanya 'pasukan blogger Perak' , para bloggers dapat menjalankan misi dakwahnya dengan lebih teratur dan berkesan.. InsyaAllah...



Sesi Taklimat...
disampaikan oleh YB Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong/Ketua Penerangan PAS Perak/Blogger 'Cina Islam'



Amanat untuk bloggers....
disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar Hussein, Pesuruhjaya PAS Perak
(gambar dipinjam dari blog ajijoi)



Blogger Muslimat...
antaranya Anak muallaf, Ummi ani, Ummu aiman dan blogger DMP



Antara blogger PAS yang hadir....
sempat lagi berposing beramai-ramai... hehehe...



Sabtu, 15 Ogos 2009

Motivasi Pilihanraya Muslimat

Program motivasi piliharaya untuk muslimat Kawasan Kuala Kangsar telah dijalankan pada hari Sabtu, 15 Ogos 2009, di Surau Muhammadiah, Bukit Chandan. Penceramah yang dijemput untuk menyampaikan motivasi adalah Saudari Aiman Athirah Al Jundi, Ketua Penerangan DMP Pusat. Majlis bermula pada jam 9.30 pagi dan berahir pada jam 12.00 tengahari.



Ucapan Aluan daripada Ketua DMP Kawasan Kuala Kangsar
Puan Hjh Mun Nurhayati



Penceramah
Saudari Aiman Athirah Al Jundi




Peserta Motivasi





Khamis, 13 Ogos 2009

Dua pemimpin dah sepakat...


Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali bersama Exco DAP, Ronnie Liu menyatakan kata sepakat isu penjualan Arak dianggap sudah selesai. Dalam kenyataan kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam. Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu.


Sumber : Harakah



Alhamdulillah, semuanya dah berakhir dengan baik, hasil perbincangan pimpinan Pakatan Rakyat...

udah-udah ler tu... buang yang keruh, ambil yang jernih... apa-apa pun yang berlaku jadikanlah pengajaran.. setiap tindakan pimpinan, perlulah bermusyawarah, elakkan daripada membuat keputusan sendiri, kerana padahnya melibatkan parti dan pakatan yang telah terjalin.... melibatkan juga negeri-negeri yang bernaung di bawah lembayung Pakatan Rakyat...

sememangnya kekalutan dalam Pakatan Rakyat amat dinanti-nantikan oleh puak BN yang sememangnya sentiasa memasang strategi untuk melemahkan pakatan 3 parti yang terjalin ini... oleh itu, berwaspadalah dengan serangan-serangan yang pelbagai 'gaya' daripada puak BN yang sentiasa mencemburui 'negeri-negeri pilihan rakyat' dan Pakatan Rakyat......


Program Santai Bersama Blogger PAS Perak



TARIKH

15 Ogos 2009 (Sabtu)

TEMPAT
Kem Haniffa, Gopeng, Perak

MASA
3 petang

PESERTA
Ahli PAS sahaja




Peta lokasi


Blogger PAS.....Jom kita beramai-ramai ke Gopeng...




Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat PRK N11


Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat akan disempurnakan di Permatang Pasir pada 16 Ogos 2009, jam 5 Petang. Seterusnya Pemuda Pakatan Rakyat dari seluruh negara akan berkampung di Permatang Pasir sehingga esoknya untuk memberi sokongan kepada calon PAS mewakili Pakatan Rakyat N. 11 Permatang Pasir pada 17 Ogos 2009.


Syabas Pemuda PR.......


Allah hu Akbar! Allah hu Akbar! Allah hu Akbar!

Ayat apa ni....?





Nak berdemo... tapi tak reti....


Rabu, 12 Ogos 2009

PAS Umum calon pada 14 Ogos

Basiron Abdul Wahab

Tue | Aug 11, 09 | 2:37:42 pm MYT

BERA,11 Ogos (Hrkh) - Calon PAS akan diketahui pada 14 Ogos ini dan PAS akan menang serta mempertahankan kerusi Permatang Pasir dalam pilihan kecil kelak.

Demikian penegasan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa melawat dan menyampaikan bantuan kepada peserta yang cedera dalam himpunan aman mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu.

Menurutnya, walaupun berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai kekuatan tetapi beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan mudah.

Beliau berkata, cabaran BN pastinya lebih hebat memandangkan BN ingin menebus kekalahan dengan majoriti kecil 65 undi yang menyakitkan dalam pilihan raya kecil Manik Urai bulan lalu.

Menurut Salahuddin, PAS sudah mengenalpasti dua nama calon sesuai untuk mewakili PAS dalam, pilihan raya Permatang Pasir itu dan akan umumkannya pada 14 Ogos ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos dan penamaan calon pula pada 17 Ogos.

Kerusi Permatang Pasir kosong berikutan penyandangnya Dato' Hamdan Abdul Rahman, 60, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) 31 Julai lalu.

Dalam pilihan raya lalu, Hamdan berjaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 5,433 mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Shuib bulan lalu.

Hamdan memenangi kerusi berkenaan sejak tahun 1999. Pada 2004 beliau menang dengan majoiti 697 undi. Beliau merupakan Adun tunggal PAS dalam DUN Pulau Pinang dan menjadi Adun di situ selama tiga penggal.

Salahuddin mengingatkan semua petugas parti supaya jangan mengambil mudah cabaran Umno-BN di Permatang Pasir kerana mereka pastinya akan turun habis-habis dengan menggunakan segala kekuatan wang ringgit sebagaimana di Manik Urai.

"Petugas kita jangan lalai dan hendaklah berkerja dengan penuh semangat, jangan ambil mudah cabaran Umno kerana mereka pasti akan turun habis-habisan dengan wang ringgit untuk menang," tegasnya. - mks. _



ISA isu utama kempen pilihanraya ke - 13

Ahmad Lutfi Othman | Foto Nasir Sudin

Thu | Aug 06, 09 | 10:40:42 am MYT

TIADA keraguan bahawa ISA, sejak diperkenalkan, merupakan akta yang paling banyak disalahgunakan. Ia juga menjadi perkakas bagi pemerintah atau pemimpin utama kerajaan untuk menumpaskan musuh politiknya secara mudah.

Tanpa perlu mencari bahan bukti seseorang boleh dikurung tanpa bicara, untuk tempoh waktu yang tidak terbatas.

Rekod klasik di luar negara adalah Said Zahari dan Nelson Mandela yang menderita, masing-masing ditahan selama 17 tahun dan 27 tahun.

ISA memang bertujuan politik dan sarat dengan motif politik, jadi tidak timbul isu mengenainya - terutama himpunan untuk memansuhkan akta drakonian ini pada 1 Ogos lalu - telah dipolitikkan.

ImageBermula dari zaman Tunku Abdul Rahman sehingga era Dr Mahathir Mohamad,akta ini makin diperketat dan ruang untuk semakin kehakiman dipersempitkan, meskipun ancaman komunis bersenjata sudah lama berakhir, dan ia lebih terarah untuk menjinakkan seteru politik.

Sambutan himpunan petang Sabtu itu memang mengejutkan. Biarpun polis mengenakan sekatan di semua pintu masuk kotaraya termasuk sehingga ke Seremban, audiennya yang pelbagai, merentasi kaum dan agama, tetap sanggup memgambil risiko.

Muka-muka baru terutama golonga muda nampak tidak gentar untuk berdepan serangan gas pemedih mata dan meriam air. Hampir setiap pelosok dan wilayah di luar Kuala Lumpur menghantar wakil.

Komitmen mereka Imagejelas, usaha pembaharuan dan reformasi ini harus didokong bersama. Mereka tidak mahu hanya menjadi pemerhati dari jauh.

Kerisauan bahawa himpunan Mansuh ISA yang agak rapat tarikhnya dengan demonstrasi membantah PPSMI, dan mungkin dengan itu menyebabkan tiada sambutan, sudah berakhir.

Rupanya di luar sana sudah tersedia sekumpulan yang agak ramai jumlahnya, yang hanya menunggu masa sesuai, untuk turun ke gelanggang bagi memperjuangkan kebenaran. Persiapan mungkin tidak serapi demonstrasi Bersih dan PPSMI, antaranya kerana kerap ditunda, namun reaksinya cukup luar biasa dan berangkaian.

ISA sudah diangkat menjadi agenda perubahan yang perlu dilunasi. Hak asasi bukan lagi isu absurd yang sukar ditanggapi rakyat.

Benarlah, apabila ketakutan dan jiwa hamba sudah hilang, maka tiada gertakan, ugutan, belantan atau penjara yang boleh menghalang. Sepak terajang polis Imagehanya menjadi episod manis untuk dikenang.

Ia sebaliknya menyuntik semangat untuk terus istiqamah melalui keperitan, sambil mendedahkan lagi sisi hodoh pemerintah yang memperalatkan semahunya pasukan keselamatan.

Pihak polis terbukti melaksanakan tugasan dengan penuh dendam dan sengaja mahu menyeksa demonstran. Situasi yang boleh dikendalikan dengan mudah melalui sikap berlapang dada telah diseret menjadi pertempuran kecil.

Dan latah pemimpin Umno terhadap demonstrasi yang menghimpunkan lebih 50,000 orang ini juga agak menghairankan. Mereka mendakwa sambutan demo tidak memberangsangkan, hanya sekitar 5,000. Peliknya, tiap hari media agresif menabur fitnah.

Apabila kerugian peniaga, yang didakwa menghampiri RM200 juta ekoran tunjuk perasaan itu, disanggah secara berkesan melalui temubual langsung dengan pengusaha restoran dan pemilik gedung, tiba-tiba serangan psikologi menjadi kendur.

(Harakah kali ini menyiarkan beberapa artikel dan berita mengenai isu kerugian peniaga di sekitar kawasan demonstrasi dan kesan ekonomi ke atas mangsa ISA). Laporan media baru terbukti berperanan Imagebesar melumpuhkan pembohongan media tradisi yang semakin kehilangan khalayaknya itu.

Saya tertarik dengan respons Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abd Aziz. Katanya, selagi BN memerintah, selagi ada bulan dan bintang, jangan harap ISA akan dimansuhkan.

Penegasan sama dikemukakan Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi. Malah, tiada petanda akta ini, dan akta-akta drakonian lain, akan dipinda ke arah lebih demokratik, seperti jaminan Najib Razak.

Justeru, saya bersetuju dengan cadangar agar isu pemansuhan ISA ini dijadikan tema utama kempen pilihan raya akan datang.

Kalau dahulu rakyat menyambut cabaran Abdullah Ahmad Badawi agar protes terhadap kerajaan ditunjukkan dalam peti undi, dan bukannya di jalan-jalan raya, kali ini mungkin pengundi bersedia menukar kerajaan melalui isu ISA ini. _




Kerajaan masih salahgunakan ISA

Wan Kay
Tue | Aug 11, 09 | 1:48:30 pm MYT

MARANG, 11 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Himpunan Memansuhkan ISA yang berlaku di ibu negara pada 1 Ogos lalu sebagai suatu kejayaan yang boleh dibanggakan.

Beliau berkata, himpunan tersebut berjaya menarik rakyat dari pelbagai peringkat hidup bagi menyampaikan suara hati sebenar.

"Rakyat yang terpelajar, yang berpendidikan, yang tinggal di kawasan bandar, yang banyak maklumat dan rakyat yang di luar bandar.

"Mereka turun (dengan) satu suara untuk menghapuskan Akta ISA yang mereka anggap sebagai undang-undang warisan penjajah,"katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Menurutnya, ISA masih lagi digunakan sebagai 'senjata' oleh parti pemerintah untuk mempertahankan pemerintahannya,

Katanya, tindakan tersebut telah mencabul amalan demokrasi yang sebenarnya, di mana kerajaan bertindak terhadap pembangkang dan pihak-pihak yang mengkritik kerajaan.

"Bahkan, (ia) digunakan terhadap orang Umno sendiri bila mengkritik pemimpin dia (Umno) dan bukan sahaja kepada pembangkang.

"Jelas undang-undang ini disalahgunakan,"tegasnya.

Menjawab tuduhan pihak tertentu yang mengatakan, demontrasi tersebut mencetuskan keganasan dan huru-hara, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menafikan sekeras-kerasnya.

Katanya, beliau yang turun sama berdemonstrasi dapat melihat penganjur berjaya mengawal keadaan dan pemuda-pemuda yang menyertainya tidak melawan walaupun dilakukan dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh pihak polis.

"Mereka (pemuda) tidak melawan langsung, (apabila) pihak polis melontar gas pemedih mata, semburan air, mereka berundur tidak melawan, tidak ada seorang pun anggota polis yang cedera.

"Jumlah (peserta demo) puluhan ribu, mengatasi jumlah polis. Jika mereka ganas sudah pasti dengan mudah, mereka (boleh) bertindakbalas.

Menurutnya, beliau tahu ada dikalangan anggota polis yang tidak redha, melihat rakan-rakanya bertindak keatas peserta demonstrasi, kerana pihak polis 'dipaksa' oleh pihak pemerintah.

"Ia adalah satu perkara yang menarik, penganjur berjaya mengadakan satu disiplin di mana (peserta) tidak bertindak melawan polis meski pun polis bertindak,"jelasnya. - mks._