Sabtu, 2 Mei 2009

Salam perjuangan

Alhamdulillah, dengan izinNya jua, Dewan Muslimat PAS Kuala Kangsar dapat membina blog ini dalam membantu menyebarkan maklumat parti dan politik negara kepada seluruh lapisan masyarakat.


Firman Allah :

"Dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al-Qur'an dengan jihad yang besar.”
(Surah Al-Furqan : Ayat 52)


Sabda Rasulullah saw :

"Sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”


Kedua-dua nas ini menunjukkan kepentingan dakwah dalam menyampaikan risalah Islam di muka bumi Allah ini.

Dalam era globalisasi ini, penyebaran komunikasi dan dakwah telah sampai ke tahap tanpa sempadan. Penyebaran maklumat yang menggunakan saluran komunikasi yang terkini telah mendapat tempat di hati setiap golongan masyarakat. Pelbagai info boleh diperolehi melalui laman web, blog, akhbar-akhbar online dan forum-forum dari pelbagai bahasa untuk disebarkan kepada masyarat sejagat. Oleh itu, Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Kangsar menggunakan kesempatan ini untuk turut serta dalam menyebarkan maklumat terkini pelbagai info untuk setiap lapisan masyarakat. Diharapkan dengan adanya blog ini, pihak DMP Kuala Kangsar dapat menjadi sumber info alternatif untuk seluruh masyarakat umumnya disamping berkongsi ilmu... InsyaAllah..



4 ulasan:

  1. SALAM...COMEL BLOG, TAHNIAH.. KAMI SEDANG BERMESYUARAT LUJNAH DAN KAMI MERANCANG DMP KK CREATE SATU BLOG JD ALHAMDULILLAH SUDAH TERLAKSANA TERUSKAN USAHA DAN SEGALA MAKLUMAT DIALU-ALUKAN...

    BERIKUT PAUTAN BLOG

    pemudakualakangsar.blogspot.com
    paskawasankualakangsar.blogspot.com
    mtdbukitchandan.blogspot.com
    mtdmanong.blogspot.com

    BalasPadam
  2. jazakallah... blog dmpkk ni masih dlm pbinaan.. masih byk yg belum lengkap lagi... insyaAllah akan diupdate dr masa ke semasa...


    selamat bermesyuarat...

    BalasPadam
  3. la syukra alawajib..elok sngt la tu... lagi stu kak tlg update kat blog 2 contact no or saluran sumbangan untuk wakaf kompleks DMP sndiri,sebaiknya letak gmbr la... n rsernye kakak ruslaini wong ade pic 2 kt labtop dye. insyaallah bnyk golongan pas kaya raya kt luar 2 yg pemurh lg disayangi..insyaallah kalo free nti sy nk tgkp gmbr post kt blog mtd..lme dh cadangnye, lupeee...bkn xder mse tp xckup mse...ok lah,nk brangkat dh..maaf la jika brlaku kekasaran bhse yek..mklum la org muda, drh cepat pnss..

    BalasPadam
  4. jazakallah... sebenarnya byk kekangan dlm menyiapkan blog ni.. masa yg terhad dan keje2 lain yg membatasi.. insyaAllah akan pulun meng'update' n upgrade dlm masa 2 mggu ni......

    BalasPadam

Sudi-sudilah memberi komen atau pandangan...