Khamis, 16 Jun 2011

Harga seekor anjing kerajaan...


Dalam jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri kepada Ahli Parlimen Beruas Dato Ngeh Koo Ham, adalah dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri membelanja kos RM32,000 hingga RM34,000 untuk membeli seekor anjing dalam tugas menjaga keselamatan social.



dmpkk : Apa kejadahnya harga seekor anjing mahai bebenor???? Spesies apa ler agaknya yek... ermmmm...

Rabu, 15 Jun 2011

Kupasan Buku Jingga



Oleh
Hajah Aida @ Nurulhuda Yusuf Rawa


Tarikh
19 Jun 2011 (Ahad)

Masa
11.00 pagi - 2.30 Petang

Tempat
Markaz PAS, Air Kuning



Murtad di Malaysia

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Data permohonan murtad mengikut kiraan Malaysiakini



Murtad??? Salah siapa??? Kelantan jumlahnya sifar....

Isnin, 28 Mac 2011

Patut la.... BN dah terdesak..

Agama dan pembangunan dijangka menjadi perkara pokok apabila pengundi bumiputera Sarawak membuat keputusan mereka dan keluar mengundi pada pilihan raya negeri negeri pada 16 April ini.

Bagi ahli politik sains Sarawak, James Chin, tindakan pihak berkuasa merampas dan menahan Alkitab Injil dan mengecop buku suci penganut Kristian pasti mempengaruhi corak pengundian mereka.

“Isu Injil adalah isu yang besar, khususnya kepada penganut Kristian. Masyarakat bumiputera adalah hampir separuh daripda penganut Kristian di Sarawak,” katanya.

Menurut Chin, kebanyakan Orang Ulu, Iban dan Bidayuh, yang dirangkumkan sebagai bangsa Dayak adalah beragama Kristian dan agama berperanan besar dalam kehidupan seharian mereka.

Sumber : Malaysiakini


Patut la menjadi-jadi sangat fitnah yang melanda pemimpin PR.. hingga jadi dah tak masuk akal cerita-ceritanya... kiranya puak-puak BN telah amat terdesak untuk mencari ruang bagi mencapai kemenangan, "by hook or by crook"... sesungguhnya puak-puak ini tidak pernah meletakkan Al Quran dan As Sunnah sebagai panduan hidup mereka.. yang beraja di mata dan hati mereka hanyalah nafsu dan harta...