Isnin, 25 Oktober 2010

Calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) N45 Dun Galas


NAMA
Zulkefli bin Mohamad


TARIKH LAHIR
16 Januari 1966

TEMPAT LAHIR
Guchil 3, Kuala Krai

BAPA
Mohamad bin Awang
Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996
Bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978

IBU
Ramelah Mat Jusoh

BILANGAN ADIK BERADIK
10 orang (anak ke 7)


PENDIDIKAN

Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil

Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra

Universiti Malaya


KERJAYA

Doktor Perubatan


PENGLIBATAN DALAM PAS

Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.


Khamis, 14 Oktober 2010

Harga Sebuah Maruah


Rakyat itu selalu diam
tapi ia pencatat tidak pernah lupa
Rakyat itu seperti naga
melingkar dengan berat badan dan
diam dalam keheningan sendiri
Pancainderanya tajam
kuat ilusinya dengan akal budi
Lalu jangan sekali-kali melukakannya
jangan melukakannya berkali-kali
kerana sekali ia bangkit
rosaklah segala apa-apa..


Azizi Haji Abdullah

Selasa, 12 Oktober 2010

PAS, Pakatan mesyuarat esok tentukan umum calon

PAS akan bermesyuarat dengan pimpinan Pakatan Rakyat malam esok bagi menetapkan tarikh pengumuman calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas nanti.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, setakat ini PAS mempunyai dua pilihan tarikh untuk mengumumkan calon iaitu pada 22 atau 24 Oktober bagi memastikan semua pemimpin utama Pakatan Rakyat dapat hadir ke majlis pengumuman tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November depan sebagai hari membuang undi manakala penamaan calon pada 24 Oktober ini.


Sumber : Harakah Online

Isnin, 11 Oktober 2010

TIGA MUSUH UTAMA KEPADA MANUSIA


Ahli-ahli sufi berpendapat, manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan kerana tiga perkara, iaitu:

1. SIFAT PELUPA
Memang tidak dapat dinafikan bahawa LUPA adalah salah satu sifat mansia sehingga manusia dipanggil INSAN dalam bahasa Arab yang bermaksud PELUPA seperti kata peribahasa Arab yang masyhur:
Tidaklah dinamakan manusia itu sebagai INSAN melainkan kerana sifat lupa yang dimilikinya.

2. RUNTUNAN HAWA NAFSU
Inilah musuh yang utama bagi diri kita kerana ia sentiasa bersama kita di mana sahaja kita berada. Justeru ahli sufi menyarankan agar kita memohon pertolongan daripada Allah agar tidak ditewaskan oleh runtunan nafsu sendiri

3. GODAAN IBLIS ATAU SYAITAN
Kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w diingatkan oleh Allah s.w.t menerusi kisah Israk dan Mikraj, betapa Baginda s.a.w apabila meninggalkan Baitul Laham untuk menuju ke Masjidil Aqsa, tiba-tiba dikejar oleh Afrit yang membawa obor. Maka Jibril pun mengajar Baginda s.a.w akan sebuah doa pelindung diri daripada ancaman makhluk jahat. Baginda s.a.w pun membaca doa tersebut, lalu Jin Afrit tersebut jatuh tersungkur dan api yang dibawanya kemudiannya padam. Berikut inilah doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w:

'' Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mulia, dengan firman-firman Nya yang cukup sempurna yang tidak boleh dirosakkan oleh orang yang soleh atau orang yang durjana daripada kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik ke sana, dan daripada kejahatan makhluk yang melata di bumi, dan daripada kejahatan yang keluar darinya, dan daripada fitnah-fitnah malam dan siang, dan daripada bahaya malam dan siang, melainkan yang datang membawa kebaikan. Perkenankanlah doa kami, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah. "

5 Prinsip Amal Jamaei dalam perjuangan PAS


1. Iltizam

Memberikan komitmen yang tinggi terhadap setiap aktiviti amal Islami yang dianjurkan oleh PAS demi menjayakan gerakkerja pengkaderan atau pembinaan :

1. Aqidah yang sohih ,
2. Fikrah yang syumul
3. Syakhsiyyah yang soleh
4. Dakwah yang benar
5. Tanzim @ Organisasi yang mantap


2. Wala'

Kesetiaan dan kejujuran kita terhadap perjuangan Islam yang didokong dengan PAS.


3. Dengar dan Taat

Melancarkan misi dan operasi yang telah dirancang demi mencapai objektif dan matlamat perjuangan suci ini pastinya dengar dan taat adalah mekanisme yang tidak dapat tidak mesti dihayati dan dilaksanakan .


4. Ukhuwwah fillah

Jalinan persaudaraan antara ahli PAS mestilah diikat dengan semangat berlapang dada , berbaik sangka , tawadhu' atau merendah diri antara satu sama lain , kasihkan saudara sebagaimana kita kasih kepada diri sendiri , mengutamakan kebaikan buat saudara kita mengatasi diri sendiri .


5. Tadhiyyah [ pengorbanan ]

Tiada perjuangan tanpa pengorbanan malah pengorbanan antara pra syarat kemenangan . Sukar untuk kita jayakan misi dan visi perjuangan besar ini tanpa pengorbanan semua pihak . Mengorbankan tenaga , harta benda dan nyawa demi perjuangan Islam ini sememangnya telah diwartakan oleh Allah dalam al Quran sebagai sunnah perjuangan sejak zaman Nabi saw.


Ahad, 10 Oktober 2010

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Kuala Kangsar

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Kuala Kangsar telah dijalankan pada 26 September 2010 di padang Kompleks PAS Kuala Kangsar, dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Majlis ini telah dihadiri oleh ahli-ahli PAS, rakan-rakan dari Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokong PAS.






























Jamuan Makan Malam Amal 2010

Makan Malam Amal telah dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Bangunan Khidmat PAS Zon 3, kelolaan bersama PAS Kawasan Kuala Kangsar pada hari Isnin, 20 September 2010 bersamaan 11 Syawal 1431, bertempat di Sungai Perak Resort, jam 9.30 malam. Tetamu jemputan majlis ini ialah YB. Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar b. Jamaluddin S.P.M.P.