Ahad, 28 Jun 2009

Abe Uji turun padang

Calon PAS bagi PRK Dun Manek Urai, Haji Mohd Fauzi Abdullah yang dikenali juga sebagai Abe Uji telah mula turun padang menemui masyarakat. Dalam kesempatan itu, beliau telah menziarahi keluarga Allahyarham Ismail Yaakob di Kampung Manek Urai Lama. Seterusnya beliau telah menemui pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Kampung Ragu dan menyampaikan sumbangan bagi pihak Dun Manek Urai kepada lapan orang pelajar.

Sabtu, 27 Jun 2009

Calon PAS Dun Manek Urai


Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi. Pengisytiharan itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


Biodata Calon :

Nama : Haji Mohd Fauzi bin Haji Abdullah
Tempat Lahir : Bukit Marak, Kelantan
Pekerjaan : Ahli Perniagaan
Nama Isteri : Puan Aminah bt Mahmud
Bilangan Anak : 5 orang

Jawatan yang pernah disandang dalam PAS :
Ketua Cawangan Bandar Krai
Penyelia Dun Guchil
Ahli Majlis Daerah Kuala Krai
Bendahari PAS Kuala Krai


Sabtu, 6 Jun 2009

DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

-- Islam memimpin perubahan --



SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011


PENGERUSI TETAP (154)
Nor Hashimah Deraman

TIMBALAN PENGERUSI TETAP (162)
Wan Hamidani Wan Ahmad

KETUA (136)
Nuridah Mohd Salleh, Ustazah


TIMBALAN KETUA (142)
Siti Zailah Mohd Yusoff, YB.


NAIB KETUA (MTB)
Mumtaz Md Nawi, YB.

AHLI JAWATANKUASA KERJA (23)

1. Wan Ubaidah Omar, YB.(196)
2. Halimah Ali, YB. Dr. (173)
3. Mastura Hj Mohamad (173)
4. Aiman Athirah Al Jundi (162)
5. Najihatussalehah Ahmad, Dr.(158)
6. Siti Mariah Mahmud, YB. Dr. (156)
7. Rosni Adam, Dr. (155)
8. Azizah Khatib Mat, Ustazah (147)
9. Salbiah Abd Wahab (147)
10. Nurul Huda Yusof Rawa (135)
11. Wardatul Jannah As Sofea (125)
12. Fatimah @ Zainab Ibrahim, To' Puan (122)


PEMERIKSA KIRA-KIRA (2)

1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Wan Hasna Wan Ismail


Jumaat, 5 Jun 2009